Thursday, February 8, 2018

empat tinggal tiga

pedihnya hati
melihat kawan yang kita sayang pergi
kawan yang banyak bersusah payah dalam segala benda
kawan yang sentiasa ada bila diperlukan
kawan yang sentiasa nampak kesusahkan kawan lain walau tak perlu diungkap
dulu kita berempat sekarang tinggal bertiga
tinggallah kami bertiga hilang arah
semoga dibukakan dan dimudahkan rezeki ditempat lain..
untuk kawan yang sudah ku anggap seperti keluarga...
semoga ada sinar bahagia untukmu wahai kakakku....

Sunday, January 7, 2018

2018 yang sihat

nak eat clean
nak senam hari2
nak 10k step2 hari2
kemain cita2
kite jauh mane pergi die
tapi harap2 mampu istiqomah
makin lama makin tua
makin lama badan pon bukan makin muda
banyak yang nak dijaga
banyak yang nak diselia
semoga usaha murni di atas mampu diteruskan sampai berakhir 2018

Thursday, January 4, 2018

terbang & pergi

kau kata kau mahu pergi
pergi demi aku katanya
untuk melihat aku bahagia
untuk jauhkan aku dari derita
terbanglah..
kembangkan sayapmu..
betul katamu tiada apa lagi untukmu
tiada apa yang menantimu disini
melainkan aku yang bagai pungguk rindukan bulan
yang mengharapkan bulan jatuh ke riba
malangnya bulan tidak boleh turun ke bawah dengan sendiri
walau sekuat mana kita memaksa
bulan akan tetap berada dia atas sana
dan pungguk hanya mampu melihat dari jauh
pergilah...
aku tidak akan memaksa kau untuk tinggal
ku bukan siapa siapa lagi padamu
ku tahu kau akan gembira
berada jauh dariku
tanpa perlu melihat kelibatku
selamat tinggal....

Monday, January 1, 2018

belakang & jauh

kalau suka jangan suka sangat
boleh jadi 1 hari nanti kita jadi musuh
dulu kita mampu bercerita pasal apa saja
tapi kini memandang mata pon kita tak mahu
bertembung muka pun kite sudah tak mampu
hanya pandangan belakang saja yang kita boleh dapat
atau pandang dari jauh tanpa ada sesiapa memerhati
pergilah..terbanglah..
itu yang terbaik untuk kita

Tuesday, December 5, 2017

jahat sangat

kiri kau tipu
kanan pon kau tipu
kau ingat tengah depan dan belakang sudah tidak wujud
sudah hilangkah akal dan fikiranmu
sehingga begini sekali perlakuanmu
sungguh ku kagum dengan keberanianmu
berani bermain dengan api
berani bermain dengan hati
lupakah kau yang sepandai pandai tupai melompat ke tanah jua jatuhnya
salah sendiri jangan dibaling rasa salah pada yang lain
salah sendiri jangan dijatuhkan beratnya pada orang lain
tapi orang macam kau ini memang tidak pernah merasa diri salah
tidak mengapa
bukan selamanya kau berada di atas
suatu hari nanti akan jatuh ke bawah
cuma bila tiba saatnya aku mahu kau kenang hati hati yang dah kau permainkan
rasa sakit dan pedihnya bila kau berada di tempat yang sama
dan orang orang yg kau mainkan hatinya sudah gembira dengan yang tersayang
dan mampu melupakan kau yang jahat sangat

Saturday, December 2, 2017

pedih

berterus terang itu perlu
demi mendapatkan cerita sebenar
cerita disebalik cerita
cerita dari si empunya diri
dari dibiar hati berteka teki
dari dibiar hati sakit sendiri
dari dibiar semua dipendam dihati
biarlah sakit sebentar
tapi akan lega kemudian hari
biarlah sakit sendiri
tapi akan hilang semua emosi
pedih...tipu kalau kate hati tak sedih
pujuklah hati selagi boleh
marah bukan lama mana
pedih pon akan hilang seketika
nanti akan hilang jua
janji tidak berulang lagi

Thursday, October 19, 2017

kadangku lupa

kadang kita lupa
hati ni degil
dah di cakap banyak  kali
tapi tetap dibuat jugak
walau tahu ujungnya mengundang sakit hati
tapi xmengapalah
mungkin dari sakit tu baru hati mahu belajar

malam td sempat bermimpi
sudah terbangun pon boleh bersambung lagi
walaupon tahu ianya bukan realiti
tapi sakitnya tetap bawa ke pagi
nak pula dengan bertembung kembali
walau cuba sudah untuk mengelak seminggu ini

sudahlah wahai hatiii
cukuplah ape yang kau hadapi
jangan diingat lagi
lupakan semua kepedihan hati
tidak membawa untung pon jika diingat lagi
malah membawa sakit hati
jangan dilupa pesan ini