blaja tajwid
minum air masak 3 liter sehari
senam hari2
nak kurus
nak habiskan baya hutang
kurangkan shopping
buat tabung
start saving ( 1 ari 10 hengget n below)
kerja sungguh2
Wednesday, December 31, 2014
azam 2015
Dia si Mr Snail
mula2 sweet
comel jek
lembut
sopan santun
walaupon slow (* ni bukan slow tapi kategori siput)
tapi lame2
penjaat
pendengki
pembuli
penyakitkan hati
tapi dlm mase yang sama penenang hati
macam mane tu???
Tuesday, December 30, 2014
aku dan rindu
aku rindu
ya...aku yg rindukanmu
walau kamu xtahu
rindu yg aku simpan sendiri
biar aku saja yang tahu apa ade dlm hati
xkan ku biarkan kau mengerti
kerana kau seperti tak ambil peduli
kau yang x ku kenali
jika adalah untukku cepatlah datang kemari
jika kau bukan untukku pergilah cepat kau pergi
Sunday, December 28, 2014
kau.orang baru.rindu
kau datang ketika aku perlukan
kau datang membawa seribu harapan
kau datang mengingatkan aku kepada pengalaman
kau datang sebagai org baru
org baru yang buat hati aku berdebar2
org baru yg aku cuba untuk tahu
org baru yang aku belek gambarmu
sehari2
org baru yang aku rindu
rindu pada orangnya walau kita xkenal siapa
rindu pada orangnya walau kita xpernah berjumpa
rindu pada orangnya walau xpernah mendengar suara
akuuu rinduuuuuu...sungguhhh aku xtipuuuu
Monday, December 15, 2014
takut
umpama mimpi ngeri yang aku cuba untuk tolak ketepi
ngerinya sampai buat aku xmampu nak pandang kedepan
depan yg penuh dengan kehidupan yg baru
depan yang sedia menanti aku
pengalaman lepas menjadikan aku takut
takut untuk keluar
takut untuk jadi macam dulu
takut untuk mencuba bnde baru
takut untuk ade hubungan dengan orang baru
takut perkara lama akan terjadi lagi
ramai berkata yang aku xmove on
ramai berkata yang aku masih ingat bnde lama
ramai berkata yang aku xteruskan hidup aku
teruskan berkata2 wahai kamu semua kerana kamu xtahu ape yg aku rase
kerana kamu xberada di tempatku
kerana kamu xboleh nak agak ape ade dlm hati aku
aku masih berjuang
walaupun usaha ku nampak sedikit
tapi aku tahu sudah ada perubahan yang sudah berlaku
walaupun ia nampak kecil
tapi aku tahu yang aku sudah xmenangis macam dulu
Kau dan Si Polan
aku xboleh hadam setiap perkataan yang keluar dari mulut kau
kau cakap belakang pasal si polan
kau kutuk si polan
kau berkata2 pasal si polan
tapi kau pon buat bende yang sama macam si polan
x ke kau dan si polan tu sama saje??
hanya kerana kawan2 kate kamu berdue berbeza maka itu xmenjadikan kau xmelakukan bnde yang sama
hanya kerana kau berkawan dengan orang diatas makaa itu x menjadikan kau xmembuat bende yang sama
letih...serius aku letih melayan orang seperti kau
benci...serius aku benci dengan orang2 berperangai seperti kau
mati...serius aku rase nak suruh kau pergi mati
tapi orang seperti kau akan berada di mana2 saja atas bumi ini dan aku xmampu nak larikan diri
Sunday, December 14, 2014
hati
kepada cik hati,
tolonglah bagi kerjasama pada diri
jangan mengharap pada benda yg xpasti
kelak nnti memakan diri
kelak nnti menjadi duri
kelak nnti menyakitkan hati
kelak nnti jatuh dan xmampu berdiri
sebelum terlambat baiklah undur diri
biarkan semua menjadi mimpi
mimpi yang xingin kita ulangi
Thursday, December 11, 2014
ruang rindu
sekejap kau datang
sekejap kau pergi
datang untuk melepaskan rindu
pergi untuk kau hilang begitu
kejam sekali dirimu
membiarkan aku tertunggu-tunggu
menunggu kehadiranmu
menunggu gurauanmu
menunggu khabar beritamu
jika ku tahu begini rupanya kamu
sudahku nyahkan kamu dari hidupku
biar hilang ruang rindu
biar ku lupa dirimu
biar hilang segala ingatanku mengenai kamu
Monday, December 8, 2014
pergilah sepi
hati yang sunyi
tolonglah pergi rasa ini dari hati
pergi menjauh dari sisi
hilang xmungkin muncul di mimpi
kuatkan semangatmu wahai hati
jangan dilayan rasa ini
kelak nanti memakan diri
semoga diri ini mampu berdiri
Wednesday, December 3, 2014
klmj
dunia kite ni kecil xsebesar mana
tapi aku berharap xkan berjumpa dengan kau dimana mana
pergilah kau mencipta bahagia kau disana
jangan ada peluang untuk kita berjumpa semula
doaku sentiada ada untuk kamu supaya bahagia selamanya
Sunday, November 2, 2014
Kerja
Thursday, October 16, 2014
cakap cakap
cakap 1
bila mane aku xmahu dengar cakap kau
bila mane aku xmahu ikut apa kau buat
xbermakna kau boleh berkata sesuka hati kau
siapa kau untuk menjatuhkan air muka aku di depan org
siapa kau untuk menghukum sebegitu rupa
tinggi sangatkah ilmu di dada?
alim ulama kah kamu sampai pandai2 mahu menjatuhkan hukum?
#jangan sibuk memandang salah org sampai lupa salah sendiri dimana.....
cakap 2
kau dtg bertanya khabar setelah sekian lama kau menyepi
tapi mengapa begitu lantang sekali kau menyatakan apa di hatimu
sehingga kau terlupa untuk ingat bahawa kau bukan siapa2 dalam hidupku
kau tidak tahu ape yg berlaku dlm hidup ku
hanya dengan 1 gambar yang kau lihat kau pikir kau sudah mampu menterjemah keseluruhan hidupku
1 gambar yang kau xtahu apekah kejadiannya
1 gambar yg kau xtahu dimana kejadiannya
1 gambar yang kau xtahu cerita disebaliknya
simpanlah katamu dan cakapmu kerana ianya terlalu berbisa untuk aku hadam
#kata2 dan cakap2 yg dikeluarkan dari mulut tanpa ditapis dengan akal fikiran mmg mampu melukakan hati dan perasaan orang lain...
Thursday, September 18, 2014
Tuesday, September 9, 2014
Cinta
kerana cinta kau lupa
kerana cinta kau mampu memaki ibu bapa
kau yang di atas...ye kau...anda dipersilakan untuk meninggalkan dunia ini dan pergi mati dengan cinta kau...terima kasih
Friday, August 22, 2014
Tuesday, July 1, 2014
Suruh Paksa
Monday, June 16, 2014
Dulu & Sekarang
banyak bercakap pasal bnde dulu..
Dulu yang xpernah nak pikir apa2
dulu yang klo buat tu main buat jek xnak pikir kesan die
Dulu yang main2
dulu yang budak2
Dulu yang xserius
Yes, i admit most of my action dulu i just did and i wasn't thinking
Sekarang jka kau tanya aku kenapa aku buat macam tu dulu, aku xde jawapan untuk soalan itu
Sekarang jika kau tanya ape perasaan aku dulu, aku pon xde jawapan untuk soalan itu
Aku yang sekarang memang xboleh nak bg sebab atas ape aku yang dulu buat kat ko
but we had so much fun last night right?Please admit...hahaha
we do talked bout a lot lot lot of things where we can laught out loud for whatever happened in the past.
Thursday, May 29, 2014
Lupa
jika ku rase sedih, ku terlupa di luar sana ramai lagi orang yang bersedih dari aku
Jika ku sempit, ku terlupa di luar sana ramai lagi orang yang lagi kesempitan dari aku
jika rase kerjaku membebankanku, ku terlupa diluar sana ade orang yang bekerja lagi keras dari ku tapi dibayar dengan gaji yang sedikit dari aku
Berpijak pada bumi yang nyata, berusaha lebih kuat untuk dunia dan akhiratku dan ku harus ingat Yang Satu sentiasa bersamaku..#ingatandiri
Thursday, May 22, 2014
bende paling jauh........=(
Thursday, May 15, 2014
awesome😘😘
rindu
Saturday, May 10, 2014
pendam
rase sedih tapi xboleh nangis
rase rindu tapi xboleh kata
rase mahu tapi xboleh dapat
rase perlu tapi die xmahu
sakit rupenye hati bile ade perasaan camni dan sakit otak bile pikirkan semu ni...😂😂😂
2 hari yang tunggang tebalik
melayankan kerenah die,denga cerita die,tengok betape happy die cerita life die...terkadang terdetik dlm hati die nmpak x aku kat depan mata...tapi sekurang2nya saya tahu die gembira dengan new life die...baguslah,die dah lalui banyak perkara, saya rase ni yg terbaik die..
hari ni die balik,tinggalkan saye lagi dan xkan tahu bile akan berjumpa lagi...selamat tinggal kawan...teruskan hidupmu dan sile penuhkan kebahagian dalam hari2mu..saya akan sentiasa doakan awak....😊
Thursday, May 8, 2014
Dia datang....teng..teng..teng...
harap semuanye ok...harap tiada canggung antara kami...
kita tengok ape jd harini dan mungkin saye boleh decide ape nak buat between us after this...
😖😔😖😔😖😔...yang penting hati dah debar2 dari pagi...
Sunday, May 4, 2014
Kahwin..mungkin????
Diam
diam bile aku suka
diam bile aku sedih
diam bile aku malu
diam bile aku stress
Banyak perkara ku pilih untuk berdiam diri kerana ku rasa itu jalan yang terbaik yang aku boleh buat kerana bagiku Diam yang membawa beribu erti.