entah kenape dalam kau tiada
muncul rasa lega
lega tidak hidup huru hara
lega hidup rasa gembira
lega tidak perlu menjaga hati sesiapa
dan lega kau tidak mencari aku dimana
hilangkah rasa yg selama ku pikir ada
atau rasa itu hanya bayangan di kepala
mungkin selama ini kau ada hanya untuk ada
bila kau tiada aku tidak berasa apa
atau aku sudah yg sudah xmampu nak menghalangnya perginya rasa
pergi bersama hilangnya kasih dijiwa
terlalu lama kubiarkan rasa kecewa
kau tak mahu berbuat apa
kau yang tidak mempunyai jawapan untuk kita
kau yang sudah punya bahagia
tapi memberi aku harapan untuk turut punya rasa gembira
dan sememangnya aku yg bodoh untuk menerima
tipu jika aku kata hati tak terluka
entahlah, mungkin ku sudah malas mahu memikirkannya
biarlah masa yg menentu segala
sampai masa aku akan pergi jua