kiri kau tipu
kanan pon kau tipu
kau ingat tengah depan dan belakang sudah tidak wujud
sudah hilangkah akal dan fikiranmu
sehingga begini sekali perlakuanmu
sungguh ku kagum dengan keberanianmu
berani bermain dengan api
berani bermain dengan hati
lupakah kau yang sepandai pandai tupai melompat ke tanah jua jatuhnya
salah sendiri jangan dibaling rasa salah pada yang lain
salah sendiri jangan dijatuhkan beratnya pada orang lain
tapi orang macam kau ini memang tidak pernah merasa diri salah
tidak mengapa
bukan selamanya kau berada di atas
suatu hari nanti akan jatuh ke bawah
cuma bila tiba saatnya aku mahu kau kenang hati hati yang dah kau permainkan
rasa sakit dan pedihnya bila kau berada di tempat yang sama
dan orang orang yg kau mainkan hatinya sudah gembira dengan yang tersayang
dan mampu melupakan kau yang jahat sangat
Tuesday, December 5, 2017
jahat sangat
Saturday, December 2, 2017
pedih
berterus terang itu perlu
demi mendapatkan cerita sebenar
cerita disebalik cerita
cerita dari si empunya diri
dari dibiar hati berteka teki
dari dibiar hati sakit sendiri
dari dibiar semua dipendam dihati
biarlah sakit sebentar
tapi akan lega kemudian hari
biarlah sakit sendiri
tapi akan hilang semua emosi
pedih...tipu kalau kate hati tak sedih
pujuklah hati selagi boleh
marah bukan lama mana
pedih pon akan hilang seketika
nanti akan hilang jua
janji tidak berulang lagi
Subscribe to:
Comments (Atom)