Sunday, April 5, 2015

Akhirnya

Cukup 10 hari awak hilang begitu saja
Awak mendiam seribu bahasa
Tiada kata tiada berita
Kita kenal bukan sekejap cuma
Hampir 5 bulan kita kenal sesama kita
Bukannya sehari dua
Sedihnya hati saya sampai tidak terkata
Peritnya hati mengenang kenangan kita
Susahkah untuk awak menghantar kata
Susahkah untuk awak mengingat saya
Susahkah untuk awak berkata2 dengan saya
Susahkah untuk awak terima saya
Saya sudah penat mengejar bahagia untuk bersama awak
Kerana sudah sampai masa saya merasakan saya perigi yang mencari timba
Timba xmahu tapi perigi yang tersua2

Akhirnya...
Saya pilih untuk tidak bertanya
Saya pilih untuk diam seribu bahasa
Saya pilih untuk tidak mahu tahu apa2
Saya pilih untik pergi saja
Mungkin sampai disini kisah kita
Mungkin ini yg terbaik untuk kita
Mungkin awak bukan tercipta untuk saya
Mungkin awak dicipta untuk gadis lain diluar sana
Selamat tinggal semuanya
Ada jodoh kita kembali bersama
Tiada jodoh, saya akan sentiasa doakan awak bahagia

No comments:

Post a Comment