benda sudah jadi
tiada upaya untuk kita ubah lagi
jauh lagi masa untuk diharungi
jangan diulang kesilapan lalu
pandang kedepan dan teruskan kehidupan
Sunday, May 17, 2015
Menyesal pon tidak berguna
Mimpi ngeri
kerana dalam kesempitan memilih tu ada rasa bahagia
bahagia yang aku tunggu selama ini
tapi pilihan itu tetap harus dibuat
sama ada aku harus lepaskan atau tidak
nak dilepaskan rasa sayang
tapi bila dipegang menjadi beban
sampai beban tu membawa resah dlm hidup sendiri
menjadi mimpi ngeri pada hati
andai mimpi itu menjadi realiti
aku bakal tahu apa yang akan jadi
orang pasti menuding jari
tiada tempat untuk aku berlari
aku pasti akan kalah sendiri
kalah yang akan menghantui diri
mungkin aku patut undur diri
walau payah
walau susah
akan ku usaha agar aku tidak menjadi duri
Saturday, May 16, 2015
salah sendiri
tersentak hati
bila mendengar org menegur pasal diri
xkusangka banyak perkara yg telah aku ubah pada diri
begitu xambil kisah
begitu xpandang sekeliling
begitu xambil pusing
begitu xmenjaga hati
kerana selama ini aku hidup dlam duniaku sendiri
dunia yg ku pilih agar aku jauh dr onak dan duri
tanpa aku sedari
aku sendiri telah bertukar menjadi duri
duri yg menyakitkan org yg aku sayangi
maapkan saya atas kekhilafan diri ini
akan berusaha untuk mencari ruang perbaiki diri
Thursday, May 14, 2015
kehendak hati
alahai hati
banyak sangat kehendak awak sekarang ini
mahu itu mahu ini
tetibe jadi tamak sendiri
padahal dari awal sudah tahu kita boleh sampai disini
dan xboleh nak dilebihkan kesana dan kesini
main lagi dengan api
last2 terbakar diri
kau sendiri yang pilih begini
maka kaulah yang kene kawal akibatnya sendiri
simpan dalam hati
dah jadi lumrah diri
pendam semua dalam hati
suka simpan dalam hati
mara simpan dalam hati
serabut simpan dalam hati
benci simpan dalam hati
bukan tiada tempat untuk bercerita itu ini
cuma saya mmg macam ni
xreti nak bagitaw begitu begini
walaupun dengan org yg disayangi
semuanya parking dlam hati
sampai rase nak meletup hati
asik masuk dan masuk tanpa keluar ke kanan dan ke kiri
masalahnya sekarang saya mara sampai sakit hati
sudah berjanji tapi lupa apa yang dijanji
katanya sakit dan xkanlah saya sampai hati untuk tuntut janji
padahal saya sudah bersiap begini
susah sedia itu ini
ini semua demi janji
janji yang kita bincangkan dari kelmarin lagi
ahhhh...nak diluah xreti
xdiluah sakit hati
inilah akibat semua bnde pendam sendiri
hadaplah semua sendiri
nasib baik ada kamu ini
xdapat beritahu sesiapa pasal ini
sekurangnya dapat tulis disini
walau xbanyak sekurangya reda sedikit apa yg ada dihati
Monday, May 11, 2015
kalah juga akhirnya
kau datang membawa rasa
rasa yang indah xterkata
rasa yang sebelum ini hilang entah kemana
sudah ku bilang pada diri
jauhkan saja dirimu dari dirinya
ternyata akhirnya aku tewas
tewas pada godaan
tewas untuk pertahankan apa yang aku jaga
tapi kini apinya sudah marak dan bakal membakar diri
ambil saja air biar terpadam apinya
mudah untuk orang berkata
tapi sukar untuk aku melakukannya
jika kita mmg dicipta berdua
xkan berlari gunung dikejar
aku akan menjadi punguk rindukan bulan
Wednesday, May 6, 2015
masalah & terapi
ape nak jadi pada kita ni
sudah dibilang berkali2
jangan jatuh lagi
tapi kau sendiri yang pilih jalan begini
sekarang kau hadaplah lah sendiri
ini masalah yang kau sendiri cari
tiada tempat untuk bercerita pasal ini
sebb kita tahu end up org akan salahkan kita kerana kita yg mencari masalah ini
baiklah kita berdiam diri
simpan semua dalam hati
jangan kita mati kerana sakit hati
hanya disini tempat kita meluah rasa hati
disini sudah menjadi tempat yg penting bagi aku
tempat menulis apa aku mahu
tempat meluah apa dikalbu
tempat menangis bila aku rase perlu
tempat aku hilangkan rasa mara yang bertamu
dan ini memang menjadi terapi yg sangat membantu
semoga tempat ini akan terus bersamaku
tanpa sesiapa pun tahu
Friday, May 1, 2015
lari menjauh
berusaha untuk hilang
sedikit demi sedikit
walau sakit
walau perit
jika tidak hati yang sakit
semoga aku akan terus bangkit
dan jauh berlari dari tersepit