sungguh aku xtipu yang ianya sakit
sakit merindu
sakit membenci
sakit melawan ego
sakit bermula semula
sakit memujuk hati
sakit untuk cuba jadi kuat
sampai bila harus begini
hidup berteman sepi
menanti org yg tak pasti
lepaskanlah wahai hati
biarkan dia pergi
dan kau xperlu sedih begini
Wednesday, December 2, 2015
sakit
Saturday, November 28, 2015
tiada tapi lega
entah kenape dalam kau tiada
muncul rasa lega
lega tidak hidup huru hara
lega hidup rasa gembira
lega tidak perlu menjaga hati sesiapa
dan lega kau tidak mencari aku dimana
hilangkah rasa yg selama ku pikir ada
atau rasa itu hanya bayangan di kepala
mungkin selama ini kau ada hanya untuk ada
bila kau tiada aku tidak berasa apa
atau aku sudah yg sudah xmampu nak menghalangnya perginya rasa
pergi bersama hilangnya kasih dijiwa
terlalu lama kubiarkan rasa kecewa
kau tak mahu berbuat apa
kau yang tidak mempunyai jawapan untuk kita
kau yang sudah punya bahagia
tapi memberi aku harapan untuk turut punya rasa gembira
dan sememangnya aku yg bodoh untuk menerima
tipu jika aku kata hati tak terluka
entahlah, mungkin ku sudah malas mahu memikirkannya
biarlah masa yg menentu segala
sampai masa aku akan pergi jua
Friday, November 27, 2015
nampak
kalau sudah mahu nampak
nampak sajalah
walau kau cuba sorok seribu gaya
xperlu jalan jauh berbatu
xperlu menunggu di tepi penjuru
xperlu kau mencuba semahumu
aku sudah nampak apa yg perlu
jangan dilupa aku juga ada mata seperti kamu
cuma kamu saja yang tidak nampak seperti aku
sungguh aku xtipu
hati aku hancur retak seribu
biarlah masa yang menentu
hati aku kini sejuk membeku
untuk kamu yg banyak menipu
pergi sekejap
hari terakhir kita berjumpa
tabahlah hati untuk seketika
die pergi sekejap cuma
die janji akan balik semula
tunggulah dengan hati terbuka
terima segala kemungkinan yg ada
pulang dengan diri yg sama
atau bertukar rupa
kita tengok jelah macam mana
jika baik, maka baiklah perginya
jika tidak, kita perlu pikir jalan lain pula
jangan dirisau
aku disini tidak kemana
aku cuma mahu melihat pulang kamu bagaimana
mencari aku atau dibiar saja
Sunday, November 8, 2015
jangan dicari
kita bergaduh besar hari ini
acap kali aku cuba buat kau marah
acap kali juga aku melihat kau tabah melayan aku sebegini rupa
tapi marahmu kali ini cukup berbeza
xpernah kulihat kau seperti ini
maapkan aku
aku betul2 tak sengaja
bukan niat ku untuk menduga
tapi kau kata tidak percaya
aku sudah terlalu mencabar sabarmu katanya
kau bilang jangan dicari dirimu lagi
buat pertama kali kau kata sebegitu
pedihnya mendengar kata itu
xsangka kau terluka begini sekali
walau itu yg aku selalu mahukan selama ini
maafkan aku sayang
jika ini hujungnya kita
aku harap kita masing2 mampu lupa
Thursday, November 5, 2015
kita
sudah puas aku cuba untuk berlari
tapi semakin rapat kau mendekati
sudah cuba ku buang semua rasa
tapi semakin kau banyak menunjuk sayang
sudah penat ku cuba lupakan
tapi semakin kau datang menunjuk muka
kau yg ada segala yg aku mahukan
kau yg ada semua yg aku impikan
tolong jangan datang merapat
tolong jangan bagi segala harapan
kerana kita tahu kita tak ada masa depan bersama
Tuesday, October 20, 2015
Kau yag katanya sama
kau yg kata diri kau masih sama
tapi aku yg melihat nampak jauh beza
kite pernah bahagia bersama
gelak ketawa bagai tiada esok lusa
suka sehingga kita lupa dimana
setiap saat terasa sangat berharga
tapi kini aku disini kau disana
jarang berkata apatah lagi bersua
setiap langkahku kau pandang dengan jelingan mata
aku nampak tapi saja ku butakan mata
setiap tingkahku kau cari dimana salahnya
aku tahu kau memandang dengan penuh rasa
kita banyak berbalah kata
sehingga penat untuk kita berbicara
kerana ku tahu setiap patah kata mu tajam bagai pedang membelah dada
sehingga aku pilih untuk berdiam seketika
tapi kau marah kerana kau beranggapan kau bagai tiada apa
pada aku dan juga hidupku
maap..kau banyak salahnya disitu
kau penting cuma aku malas melayan kerenahnya kamu
kau juga mencipta jurang antara kita
sehingga aku merasa bedanya
pergilah jika tidak mahu bersama
jangan kau siksa aku begini rupa
aku juga mahu mencari bahagia
yg aku sekat selama kite bersama
aku masih hidup
aku masih hidup
yaa...hidup yg susah nak dibilang dengan kata
hidup yg tunggang terbalik
hidup yg penuh kacau bilau
hidupyg penuh duka dari bahagia
dan aku masih mampu bertahan
tapi entah sampai bila
Thursday, September 3, 2015
kalaulah...
kalaulah meluah rase marah kat awak semudah sebut abc
rasenye dah lama saya buat
nak hantar whatsapp cakap ape dlm hati pon x reti, ni kan lagi nak marah awak depan muka
type panjang2 pastu delete, type lagi delete lagi type lagi delete lagi
last2 send ok
silelah bertabah awak ya
tatkala bukak & dapat ok saja dr saya
saya sedang berusaha untuk jadi air dikala awak sibuk menjadi api
sampai kadang terlupa dalam berusaha menjaga awak, hati saya sendiri terluka
Tuesday, September 1, 2015
sabarlah hati
sabarlah hati
sabar selagi boleh
kau tahu ini akan jadi
kau sendiri yang pilih
kau tahu kau xkuat mana
kau sendiri yang mahu
kau tahu kesannya macam mana
kau sendiri yang degil
kau tahu kau xakan dapat
tapi kau sendiri yang mahu juga
tahanlah sakitnya
sakit yang kau cipta sendiri
sakit yang kau sendiri cari
sabarlah hati
pasti akan ada hari kita xkan sakit lagi
Thursday, August 27, 2015
kau & terima kasih
kau
ya kau yang disana
yang punya segalanya
yang punya bahagia
yang selalu ada didepan mata
yang datang mengusik jiwa
kau yang tahu aku xpunya siapa
kau yang tahu aku bagaimana
kau yang tahu aku xsekuat mana
dan aku akhirnya pilih untuk mencuba
cuba untuk rasa semula
cuba untuk bahagia
kau
ya kau yg disana
yang telah melukakan hati
yang membuat aku berpikir banyak kali
xtahu ape lagi yg kau mahu
xtahu lagi apa yg kau perlu
berkali kali aku cuba
cuba untuk paham
cuba untuk hadam
tapi nampaknya cuba aku belom cukup kuat untuk kau
pergilah jika sudah tiada rasa
pergilah kepada bahagia kau semula
jangan disiksa aku lama lama
aku masih terkapai kapai bernafas dari kisah lama
pengakhiran kisah baru pula akan menjelma
bakal menjadi 1 pengajaran yg xkan dilupa
terima kasih kepada kau
aku harap dimasa depan kita mampu berjumpa dan tersenyum semula
Sunday, August 23, 2015
Diam & cerita
diam yg memang banyak benda yg terjadi
sampai xterkejar sana dan sini
banyak cerita yg berlaku pada diri
boss lama yg pelik
boss baru yg double pelik
kerja yg menimbun
tanggungjawab yg bertambah
emak yg sakit
cinta yg aneh
dan
banyak lagii
rase macam xcukup mase sehari
nak selesaikan semua misi
sebelum bermula bulan busy
~fighting!!!! i know u can do itt!!!!~
Sunday, May 17, 2015
Menyesal pon tidak berguna
benda sudah jadi
tiada upaya untuk kita ubah lagi
jauh lagi masa untuk diharungi
jangan diulang kesilapan lalu
pandang kedepan dan teruskan kehidupan
Mimpi ngeri
kerana dalam kesempitan memilih tu ada rasa bahagia
bahagia yang aku tunggu selama ini
tapi pilihan itu tetap harus dibuat
sama ada aku harus lepaskan atau tidak
nak dilepaskan rasa sayang
tapi bila dipegang menjadi beban
sampai beban tu membawa resah dlm hidup sendiri
menjadi mimpi ngeri pada hati
andai mimpi itu menjadi realiti
aku bakal tahu apa yang akan jadi
orang pasti menuding jari
tiada tempat untuk aku berlari
aku pasti akan kalah sendiri
kalah yang akan menghantui diri
mungkin aku patut undur diri
walau payah
walau susah
akan ku usaha agar aku tidak menjadi duri
Saturday, May 16, 2015
salah sendiri
tersentak hati
bila mendengar org menegur pasal diri
xkusangka banyak perkara yg telah aku ubah pada diri
begitu xambil kisah
begitu xpandang sekeliling
begitu xambil pusing
begitu xmenjaga hati
kerana selama ini aku hidup dlam duniaku sendiri
dunia yg ku pilih agar aku jauh dr onak dan duri
tanpa aku sedari
aku sendiri telah bertukar menjadi duri
duri yg menyakitkan org yg aku sayangi
maapkan saya atas kekhilafan diri ini
akan berusaha untuk mencari ruang perbaiki diri
Thursday, May 14, 2015
kehendak hati
alahai hati
banyak sangat kehendak awak sekarang ini
mahu itu mahu ini
tetibe jadi tamak sendiri
padahal dari awal sudah tahu kita boleh sampai disini
dan xboleh nak dilebihkan kesana dan kesini
main lagi dengan api
last2 terbakar diri
kau sendiri yang pilih begini
maka kaulah yang kene kawal akibatnya sendiri
simpan dalam hati
dah jadi lumrah diri
pendam semua dalam hati
suka simpan dalam hati
mara simpan dalam hati
serabut simpan dalam hati
benci simpan dalam hati
bukan tiada tempat untuk bercerita itu ini
cuma saya mmg macam ni
xreti nak bagitaw begitu begini
walaupun dengan org yg disayangi
semuanya parking dlam hati
sampai rase nak meletup hati
asik masuk dan masuk tanpa keluar ke kanan dan ke kiri
masalahnya sekarang saya mara sampai sakit hati
sudah berjanji tapi lupa apa yang dijanji
katanya sakit dan xkanlah saya sampai hati untuk tuntut janji
padahal saya sudah bersiap begini
susah sedia itu ini
ini semua demi janji
janji yang kita bincangkan dari kelmarin lagi
ahhhh...nak diluah xreti
xdiluah sakit hati
inilah akibat semua bnde pendam sendiri
hadaplah semua sendiri
nasib baik ada kamu ini
xdapat beritahu sesiapa pasal ini
sekurangnya dapat tulis disini
walau xbanyak sekurangya reda sedikit apa yg ada dihati
Monday, May 11, 2015
kalah juga akhirnya
kau datang membawa rasa
rasa yang indah xterkata
rasa yang sebelum ini hilang entah kemana
sudah ku bilang pada diri
jauhkan saja dirimu dari dirinya
ternyata akhirnya aku tewas
tewas pada godaan
tewas untuk pertahankan apa yang aku jaga
tapi kini apinya sudah marak dan bakal membakar diri
ambil saja air biar terpadam apinya
mudah untuk orang berkata
tapi sukar untuk aku melakukannya
jika kita mmg dicipta berdua
xkan berlari gunung dikejar
aku akan menjadi punguk rindukan bulan
Wednesday, May 6, 2015
masalah & terapi
ape nak jadi pada kita ni
sudah dibilang berkali2
jangan jatuh lagi
tapi kau sendiri yang pilih jalan begini
sekarang kau hadaplah lah sendiri
ini masalah yang kau sendiri cari
tiada tempat untuk bercerita pasal ini
sebb kita tahu end up org akan salahkan kita kerana kita yg mencari masalah ini
baiklah kita berdiam diri
simpan semua dalam hati
jangan kita mati kerana sakit hati
hanya disini tempat kita meluah rasa hati
disini sudah menjadi tempat yg penting bagi aku
tempat menulis apa aku mahu
tempat meluah apa dikalbu
tempat menangis bila aku rase perlu
tempat aku hilangkan rasa mara yang bertamu
dan ini memang menjadi terapi yg sangat membantu
semoga tempat ini akan terus bersamaku
tanpa sesiapa pun tahu
Friday, May 1, 2015
lari menjauh
berusaha untuk hilang
sedikit demi sedikit
walau sakit
walau perit
jika tidak hati yang sakit
semoga aku akan terus bangkit
dan jauh berlari dari tersepit
Wednesday, April 29, 2015
semalam & silap
semalam yg aneh
duka yg bertukar suka
suka yg bertukar serabut
ape yg sudah berlaku?
diri aku yg dah lama mati dihujung mati kini dah kembali
kembali melakukan kesilapan yg sama
kesilapan yg xpatut berlaku
aku pun tidak tahu di mana puncanya
aku yg terlalu bodoh
atau die yg terleka
tapi dihujungnya aku tahu aku yg bakal terluka
itu sudah ku pasti dari mula
jatuh lagi
jatuh itu sakit
sakit yg aku pernah rasa dulu
sakit yg dulu pon belom hilang sepenuhnya
kini aku tambah dengan yg baru
cuainya aku menjaga hati
hati yg aku sendiri pujuk bertahun2 lamanya
mudahnya aku menjaga hati
hati yang aku sendiri janji untuk melindunginya dr sakit
sabarlah hati..sikit saja lagi
aku tengah mencari kekuatan dari segala segi
agar kita xsakit lagi
Tuesday, April 28, 2015
camni rasenye
nak mara xterluah
nak bermanja xboleh
nak berjumpa tiap hari xdapat
nak bergado rase rugi
nak sedih buang masa
nak merajuk xrelevan
nak begitu begini xsesuai
senang kate semua benda xboleh
baru aku tahu begini rasanya
setiap sakitnya
setiap rindunya
setiap marahnya
setiap cemburunya
segala perasaan sudah ku rasa
dan aku akan berusaha untuk membuang rasa ini bila sampai waktunya
Monday, April 27, 2015
its start from nothing
from nothing, its getting bigger n bigger everyday
from nothing, i want him more n more each time we see
from nothing, ill become greedy from day to day
its start from nothing n now im regret for starting it
Friday, April 24, 2015
si jantung hati
gundah gulana & berdebar bertukar ganti
hilang si slow yg dirindui
diganti dengan si jantung hati
jangan singgah lama2
takut jatuh cinta
Saturday, April 18, 2015
for future me
dear me,
please take care of our heart
please do not easily fall in love
please stay away from him
please make sure that u can avoid him as best as possible
please be strong
please move on
please love urself more than you love other
he is just a guy passed by ur life
he is just a test given
he is just nobody
he is just a good fren of yours
and please remain as fren n not more than that
ujian
mungkin kau datang sebagai ujian
ujian dari tuhan untuk melihat kekuatanku melawan dugaan
ujian dari tuhan untuk melihat sejauh mana ingatanku padaNya
ujian dari tuhan untuk melihat kesabaranku menempuh halangan
ternyata aku gagal dan terbukti aku lemah
kerana aku jatuh lagi sekali dan gagal melawan ujian
block
we were happy just now
i mean like we were really happy
it just at the end of our meeting , i ask u something that u didnt like
but u know that is just me being me
i never ask u to change
i never ask u to do anything for me
im just happy u r making me happy
suddenly when i got back
out of sudden you block me
whatdeheck man
what did i do wrong?
i know where i belong
i wont do something over my limit
u dont have to worry
i wont disturb u at home
i wont do any bad thing to u
i just dont understand why u did this to me
i know u r happy there
i know u have a good life
but u r the one who started this
i just tell u bout my life
life that i never told anyone
u know how traumatized i am over my love history
but u r doing exactly the same
thank you for blocking me
thank you for reminding bout my past
thank you for making my breaking my heart
Monday, April 13, 2015
rindu yg resah
rindu yg xsepatutnya ada
rase yg buat ku xkeruan
rase yg buat ku hilang arah
rase yg buat ku marah
rase yg buat ku resah
rasa yg buat ku duka
tolonglah hilang
kerana kau xseharusnya datang
dan wujud dalam hati ini
kerana kau juga xakan jadi realiti dan kita hanya akan menjadi mimpi
serabut
ape nak jadi
bila hati resah xmenentu
aku yg pilih untuk jadi begini
ini cara yg ku pilih untuk kutuju
nak xnak aku harus hadapi
serabut...sungguh aku xtipu
berat hati tapi aku juga berasa happy
mungkin patut ku biar rasa itu
agar hilang rasa sepi
jangan sampai aku terluka sakit menahan pilu
ingatkan diri agar berhati hati
agar aku xterluka dihujung waktu
Saturday, April 11, 2015
keliru
xtahu apa yg ada dlm hati
sebb yg pasti semua rase sudah mati
sejak kejadian dulu lagi
itu mmg ku pasti
kamu dtg tatkala aku xpunya sesiapa
jika ada mr snail yg lambat segala
mulanya aku xrasa apa
dan aku yakin aku mampu teruskan semuanya
kamu dtg membawa bahagia
yg xpernah ku dapat dimana2
membuat hati sungguh gembira
takut xrasa apa2 bertukar suka
sebelum suka menjadi duka
aku mahu kita hentikam semua kerja gila
tapi aku xtahu bagaimana
sebb aku keliru apekah aku punya rasa
atau aku hanya melayan perasaan suka
yang penting aku xtahu mahu buat apa
Friday, April 10, 2015
the other guy
kau datang dalam diam
datang tanpa aku sedari
tiba tiba kau menjelma
aku sendiri terkesima
kerana kau mmg berada disisi
kawan yg bersama sedih dan suka
kawan yg tahu segala rahasia
kawan yg mendengar segala isi hati
tapi malangnya kau sudah berpunya
kenapa baru sekarang kau tunjukkan rasanya
rasa manisnya cinta
rasa manisnya merindu
rada manisnya berkasih
aku xtahu berapa lama ku sanggup bertahan
mungkim lama
mungkin sekejap cuma
tapi harapnya rasa tu akan dtg sekejap saja
kerana ku xsanggup menahan rasa
rasa sedih yang sudah lama tidak menjelma
dan aku juga xmahu kenangan lama akan berulang semula
untuk semalam
terima kasih di atas bunga
terima kasih kerana memberi bahagia
sungguh aku suka
tapi dlam suka ku terbit rasa susah
susah kerana ia bakal membawa duka
susah kerana ia bakal mencarik jiwa
susah kerana ku tahu ia bukan benar belaka
susah kerana ku tahu aku akan suka
susah kerana kita xmampu nak mengungkap kata
aku sudah xmahu pikir apa apa
aku mahu pejam mata
dan berharap semua ini igauan sahaja
bukan mimpi ngeri yg bakal menghantui jiwa
Sunday, April 5, 2015
Akhirnya
Cukup 10 hari awak hilang begitu saja
Awak mendiam seribu bahasa
Tiada kata tiada berita
Kita kenal bukan sekejap cuma
Hampir 5 bulan kita kenal sesama kita
Bukannya sehari dua
Sedihnya hati saya sampai tidak terkata
Peritnya hati mengenang kenangan kita
Susahkah untuk awak menghantar kata
Susahkah untuk awak mengingat saya
Susahkah untuk awak berkata2 dengan saya
Susahkah untuk awak terima saya
Saya sudah penat mengejar bahagia untuk bersama awak
Kerana sudah sampai masa saya merasakan saya perigi yang mencari timba
Timba xmahu tapi perigi yang tersua2
Akhirnya...
Saya pilih untuk tidak bertanya
Saya pilih untuk diam seribu bahasa
Saya pilih untuk tidak mahu tahu apa2
Saya pilih untik pergi saja
Mungkin sampai disini kisah kita
Mungkin ini yg terbaik untuk kita
Mungkin awak bukan tercipta untuk saya
Mungkin awak dicipta untuk gadis lain diluar sana
Selamat tinggal semuanya
Ada jodoh kita kembali bersama
Tiada jodoh, saya akan sentiasa doakan awak bahagia
Tuesday, March 31, 2015
Janganlah begini
kepada Hati
Tolonglah tabah
Sekejap je lagi
Aku tahu kau xkan kalah
Sakit tu akan pergi
Aku doa kau xkan rebah
Come on Hati
Jangan pernah mengalah
Die mmg akan begitu dan begini
Dan kau xharus senyap dan menadah
Aku tahu kau sekuat besi
Berjuanglah agar kita xkan menyerah
Sunday, March 29, 2015
Rindu & kasih
Sakitnya hati
Bile merindu pada yang xsudi
Yang xnampak saya disisi
Yang tega pergi
Tanpa menoleh lagi
Terima kasih daun lagi
Jangan dibuat begini
Kepada bakal si sunti
Yang menanti menjadi penyeri
Allahhu Rabbi
Hanya kamu yang mengerti
Apa ada dlm hati
Terima kasih memberi rasa ini
Rindu yang xterperi
Sayang yang xbertepi
Rasa yang pernah ku kecapi
Rasa yang lama ku tinggal sepi
Kerana melayan lara hati
Dan kini ku dapat merasa kembali
Merasa manisnya semua rasa ini
Walaupun akhirnya pahit yang diberi
Hilangkan rindu ini
Hilangkan sayang ini
Agar dapat ku kembali
Dan terus mencari
Cintamu yang kunanti2
Monday, March 23, 2015
imissu but ihateu
u've been quite for 2 days n u make me worried
i called u because i really2 missed u
our conversation only last for 28 sec
cuz u said that u r bz n u will call me back
untill now, nothing from u
no call, no sms, no whatsapp
tq for doing this to me
tq for giving me hope
i will not looking for u anymore
im giving up on u
tq for making me happy for the past few months
tq for always entertaining me
n im thanking u for everything that u've done to me
good bye
Tuesday, March 10, 2015
Tempat istimewa
Awak...yesss..awak yang disana
Yang dah mencuri hati saya
Yang mendapat tempat istimewa
Walau pertemuan kita sekali saja
Walau xberbual banyak mana
Sebb masing2 segan xterkata
Sehingga hilang buah bicara
Selepas itu whatsapp menjadi tempat bercerita
Kita mmg jauh berbeza
Saya yang ceria banyak bertanya
Dan awak yang pendiam banyak berahsia
tapi kita bercakap pasal banyak benda
Cume kita xbercakap pasal hati kita
Saya yang xberani untuk bertanya
Dan awak yang sudah biasa untuk berada di zon selesa
Kini awak sedang membuat keputusan yang jauh dr biasa
Yang bakal merubah segalanya
Jika boleh saya mahu bersusah senang bersama
Tapi saya xtahu nak luah macam mana
Sebb saya xpernah merasa begini dengan sesiapa
Kecuali si dia dulu yang pernah merobek hati saya
Sehingga saya xmampu untuk bangun dan melihat kehidupan di depan mata
5 tahun saya kecewa
5 tahun saya sia2 kan masa saya
Sekarang awak datang dlm hidup saya
Dan saya kembali gembira dan hati berbunga bunga
Cuma saya takut kita xlama
Sebb saya takut dan awak pilih untuk diam seribu bahasa
Mungkin kita perlukan masa
Dan saya perlu kuatkan hati saya untuk bertanya
Biarlah nampak seperti perigi mencari timba
Kerana saya lagi memilih untuk tahu dan kecewa dari tidak membuat apa2
Saya mahu kita ke peringkat seterusnya dan hidup bersama
Saya harap kita ada kisah bahagia
Yang bakal membawa kita ke jannah bersama
Berhenti sebentar untuk mencari kekuatan dan saya tahu Allah ade bersama saya
Wednesday, March 4, 2015
Buku Oktober
Dalamnya luka yg diberi
Pedihnya hati
Sakit yang xbertepi
Bangun semula untuk bangkit berdiri
Banyak yg berkait rapat dengan diri ini
Yang boleh diteladani
Mungkin harus dipelajari
Untuk kekuatan diri sendiri
Terima kasih penulis untuk buku yg memberi jiwa kepada hati yg sepi
Thursday, January 29, 2015
miss u
im gonna miss u
betul, saya xtipu
lambat pon lambatlah
yang penting hati dah suka
jangan lupakan saya
saya pergi xlama
cuma sekejap saja
tunggu kepulangan saya
dan jangan lupa janji awak pada saya
Tuesday, January 27, 2015
kejadian apekah ini???
hari first tangkap tulang
dok dlm ekon pon ley peluh2 sejuk
ari kedue tangkap emosi
org bergelak ketawa aku merenung keluar jendela
ari ketiga tangkap emosi lagi
balik keje tetibe sedih melampau sampai meleleh air mate
apekahhh???
Saturday, January 24, 2015
macam mana nak luah
awak
yg membuka hati
yg membuat rindu
yg menarik mata
tapi
saya xtahu nak buat macam mana
saya takut awak xsuka
saya xnak awak xselesa
jalannya
diamkan bia sampai hilang
teruskan tapi xberdaya
hilang tanpa kabar berita
p palang s: diluah mati mak ditelan mati bapak...ahhh...penin ah...
Thursday, January 22, 2015
berikan aku berita
jika mahu katakan mahu
jika tidak katakan tidak
jika kau tidak merasa apa
berikan aku sedikit berita
biar ku tahu letak kita dimana
jangan biar ku tertanya2
kerana itu membuang masa
jangan biar ku tersua2
kerana aku manusia biasa
yang merasa sakitnya luka
yang xmahu meneruskan sesuatu yang sia2
Monday, January 19, 2015
kecewa
berjumpa sudah
bertentang mata sudah
xtahu dimana silapnya
aku yg terlalu mengharap
atau die yg terlalu lambat
atau aku bukan pilihan hatinya
aku sudah cuba menjadi lebih baik
aku sudah cuba berusaha
atau aku saja yg tersua2
atau aku saja beriya2
berikan jawapan
jangan biarkan aku begitu saja
kerana aku xsanggup untuk kecewa
buat kali kedua
Saturday, January 10, 2015
Jumpa
entah dari mana datang kekuatan
aku ajak die berjumpa
dan dia kata ya
terkedu aku seketika
kerana xmenyangka yg die juga mahu berjumpa
semoga aku masih kuat sehingga sampai harinya
jika tidak maka selamat tinggal semuanya
Saturday, January 3, 2015
Cuba
aku dah berusaha bertahan
tapi semakin hari semakin hilang rase
rase yg xsama seperti mula
rase yang membuat aku suka
maapkan saya mr snail
saya takut untuk teruskan
saya takut ditinggalkan
saya takut ianya menyakitkan
jangan cari saya dimana
jangan ditanya saya kemana
awak xmungkin akan jumpe jawapannya
Thursday, January 1, 2015
mungkin
mungkin terlalu awal
mungkin aku terlalu berharap
mungkin die xmahu
mungkin aku xpatut pikirkan semua ini